Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, September 14, 2008

WARKAH SEORANG SAHABAT……

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengahui
Di sebalik apa yang terjadi…
Juga…
Apa yang terbaik untuk hambaMu….
Kami tak mampu untuk melawan takdir dan ketentuanMu ya Allah…
Kerana kami hanya insan yang kerdil dan hina di hadapanMu…
Sesungguhnya kami redha dengan apa yang terjadi…
Engkau tempatkanlah ya Allah…roh KAK HAJAR di tempat orang2 yang beriman dan bertaqwa kepadaMu….
Kau ampunkanlah ya Allah…akan segala kesilapannya yang mungkin disengajakan mahupun sebaliknya…
Kerana kami hanya insan yang lemah ya Allah…
Tenang dan damaikanlah rohnya di sana…
Apa yang termampu kami lakukan…memohon dan berharap kepadaMu…
Ya Allah…
Sesungguhnya semua ini berlaku begitu pantas sekali…
Baru sahaja minggu lepas kami diberi kesempatan untuk menziarahi kak hajar…
Rupa-rupanya pertemuan itu adalah untuk kali terakhir kami bersamanya…
Masih terbayang-bayang lagi di benak fikiranku…
Ketikamana kami sampai di rumah kak hajar…
Di saat kami menyentuh tangannya dan memeluknya…
Menitis air matanya membasahi pipi…
Bersembang kami dengan kak hajar…
Diiringi dengan gelak tawa dan gurau senda…
Dijamunya kami dengan makanan…
Dan…
Dilayannya kami dengan penuh senyuman…
Walaupun terserlah di raut mukanya sedikit kepenatan…
Mungkin …
Di saat itu dia telah merasakan bahawa…
Itulah pertemuan terakhirnya bersama kami…
Ya Allah…
Sesungguhnya kami amat bersyukur dan berterima kasih kepadaMu ya Allah…
Kerana Engkau memberi kesempatan terakhir kepada kami…
Untuk kami bertemu dengannya…
Walaupun pada ketika itu…
Kami dalam kesibukan fatrah exam dan baru sahaja selesai dengan jualan convest…
tetapi …
Engkau masih memberi sedikit lintasan hati kepada hati kecil kami untuk bertemu dengan kak hajar…
Sesungguhnya semua ini adalah perancanganMu ya Allah…
Walaupun kak hajar tidak bersama kami lagi ya Allah…
Engkau kuatkanlah hati-hati kami untuk meneruskan perjuangan ini…
Ya Allah…
Sesungguhnya sebelum ini…
Dia adalah seorang kakak untuk kami…
Dia juga adalah raisah untuh batch kami…
Dia juga adalah tempat rujukan kami…
Terimbas kembali saat-saat pahit dan manis ketikamana kami berjuang bersama-sama di bumi nilai…
MasyaAllah…
Indahnya memori bersamamu kak hajar…
Alhamdulillah …
Sesungguhnya Allah mempermudahkan urusan kami di sana…
Walaupun bilangan kami adalah sedikit…
Tapi…
Ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan di sana…
Walaupun terkadang ada juga masanya kami menghadapi sedikit tekanan…
Di kala itulah…
Kak hajar memberikan semangat untuk kami dan penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi…
Bersyukur sekali lagi kami kepadaMu ya Allah…
Yang pergi…tetap pergi…
Yang masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di dunia ini…
Perlu meneruskan hidup untuk agamaMu ya Allah…
Ayuh sahabat!!!
Kita bangun bersama untuk teruskan perjuangan…
Kerana…
Perjuangan kita adalah sehingga ke titisan yang terakhir…
Walau telah syahid seorang jundullah di medan jihad…
Tidak bererti perjuangan kita terus terkubur di sana…
Sematkan segala memori dan kenangan terindah bersama kak hajar dalam benakmu…
Ya Allah…
Indahnya ukhuwah yang terjalin ini…
Suburkanlah ia hingga ke akhirnya…
AMIN.



KAU SAHABAT KAU TEMAN…..

1 comment:

.:: Dr. Nur ::. said...

salam ziarah & ramadhan al-mubarak